:: L O V E ::

"I may write anything I want, U may think anything U want"
"The right to write, it's mine. To judge ? it's yours"

Monday, March 31, 2014

adakah aku yang TAK bersyukur ?

Dah lama sgt dah tak update blog ni. Sampaikan nak log in td pun kena request password via phone sbb dah terlupa password -_- haha ! Tak tau lah kalau blog ni ada followers setia, tp incase kalau ada, maaf lah sbb tak ada new updates yg korang boleh nak baca :)

Rasa mcm cara penulisan aku pun dah berbeza sikit kot. Tak pasti lah kalau orang lain boleh perasan, sebab mmg ada jenis orang yang boleh detect even the slightest change on someone's writing. Contohnya mcm aku lah. I can detect even the slightest tiny tiniest change on someone's writing, lagi2 kalau someone yang close to me. Hehehe takut tak ? takut tak ? Ini kelebihan yang ALLAH S.W.T bagi pada aku selain drpd kelebihan aku yang ada instinct yang sgt2 kuat dan tepat. Haaa lagi serammm kan ? Hahaha


Alhamdulillah disebabkan kelebihan yang aku ada, segala penipuan orang aku boleh tau. Lagi2 orang yang aku sayang. Aku rasa ini lah titik permulaan segala-galanya. Titik permulaan yang buat perasaan aku jadi macam skrg ni :)


Ouhh sebelum tu aku nak inform (sebab tak ramai yang tahu), aku dah berkahwin dan dah mempunyai seorang anak :) jangan terkejut ye and minta maaf sebab merahsiakan selama ni :)


My life as a woman now is complete I guess. Ada suami yang penyayang, ada anak yang sgt2 adorable. A small beautiful family :) Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH Kau jodohkan aku dengan lelaki yang aku amat sayang, Kau kurniakan aku anak hasil cinta kami. Sungguh aku sgt2 bersyukur.


TAPI.....ya ada tapinya. Mungkin dulu aku pernah teramat kecewa. Dah lah teramat kecewa, banyak kali pulak tu kecewanya. Hahaha. Aku boleh samakan kecewa ni mcm kecewa tahap infiniti dah kot. Kerana kecewa ni, terlahirnya diri aku bersama sikap aku yang skrg ni. Mungkin kawan2 yang rapat tau kot mcmana suka duka aku dulu. Jerit perih yang aku lalui dan batapa banyaknya air mata aku yang dah mengalir. Semua ni mengubah aku. Ubah diri aku, perasaan aku. Aku terlalu selalu terkenangkan benda2 yang buat aku kecewa sampai aku terlupa kenangan-kenangan manis yang aku pernah ada. Sampai aku skrg ni seolah-olah jadi seorang yang dah hilang kasih sayangnya, manjanya. Puas aku cuba buang jauh2, puas aku cuba maafkan tapi masih susah aku nak move on. Adakah aku yang sememangnya tak bersyukur ?


Ya ALLAH, aku tak nak jadi hambaMu yang tak bersyukur. Aku tak nak jadi isteri yang derhaka. Ya ALLAH redhakan lah hati aku untuk terima segala yang pernah terjadi. Aku ingin rumahtangga aku kekal hingga ke syurgaMu. Berikan aku petunjukMu. Tunjukkan aku jalan untuk jadi seperti dulu, seorang yang sgt penuh dengan kasih sayang. Hanya kau Ya ALLAH yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu. Aamiin


Maaf kalau keterbukaan aku dalam entri kali ini, ada yang tak menyenangi. Sekadar berkongsi pengalaman. Jadikanlah pengajaran dan panduan untuk korang semua :)


                                 Muhammad Zulfa Nabil




                     The most precious gift i have ever had


                                My small beautiful family :)




Buat bintang-bintang hati Ummi :)