:: L O V E ::

"I may write anything I want, U may think anything U want"
"The right to write, it's mine. To judge ? it's yours"

Kami dah kahwin ! yeaayy !

Muhammad Zulfa Nabil

Tuesday, April 1, 2014

Saat-saat bergelar Ummi :)

Masa mula2 tau pregnant, rasa happy mcm nak terlompat2. Hahaha. Dalam kepala terus terbayang muka anak nnt macamana lah kan. Terbayang ikut muka abi dia, tinggi mcm abi dia. senang cerita, mmg mengharap sgt lah nak dia ikut muka suami. Heeee :p

Sepanjang pregnant Alhamdulillah tak ada alahan langsung. Mengidam pun tak ada sgt. Maybe baby ikut perangai abi dia kot. Jenis tak memilih makan. Semua makanan rasa mcm sedapppp je. Padahal kalau ikut perangai aku yang betul, aku lah manusia paling cerewet sekali pasal makan. Makanan tak sedap mmg wa reject beb. Hahaha

Kami awal2 mmg dah tau akan dapat baby boy. Masa week ke 28 aku pegi scan kat klinik pakar kanak2 Liu & Vincent, Ayer Keroh. Kena charge sampai RM120 okayyyy ! Gila mahal. Lagi2 bila dpt tau, scan kat klinik Metro, jalan Ong Kim Wee cuma RM50. Mmg puihhh puihhh puihhh aku menyumpah. Tapi takpe, janji puas hati dapat tengok muka baby for the 1st time.

Kalau ikut due date yang doc bg, 23 Jan 2014. Wow mmg seronok habis sbb 23 Jan ni tarikh mula-mula sekali aku dan hubby terjumpa and kenal. 23 Jan 2011. Hehehe. So, dalam sebulan lg nak due date, aku and hubby decided utk berpindah ke Johor. Cari rumah sewa dekat2 dgn rumah mak aku. Tapi sementara tunggu hari and sepanjang berpantang, duduk kat rumah mak (padahal seronok gila rumah mak ada internet, astro bagai)  *_*

Makin dekat hari due, mmg makin nervous gila ! uwaaaaa ! Takut sgt sampai termimpi-mimpi. Lagi2 bila aku rajin sgt cari blog pengalaman ibu yang bersalin and baca mcm2 jenis pengalaman. Mmg tak ada lah pengalaman yang aku jumpa dalam blog tu yang kata bersalin tu sgt sedap dan mudah dan tak menyakitkan. Tiap2 malam sebelum tido, hubby lah yang kena dgr aku ckp takut lah, nervous lah, mcmana kalau mati masa bersalin lah. Sesungguhnya aku adalah manusia paling tak tahan sakit. Sumpah ! Haha. Nak tido, baring, duduk or buat apa2 saja mmg tak payah cakap lah betapa terseksanya. Pinggang rasa nak tercabut, sesak nafas, kaki bengkak. Fuhhh semua ni mmg tak kan aku lupa sampai bila2.

18 Jan 2014, bangun je tido pagi2 tu terus ckp kat hubby tak payah pegi kerja, sebab aku rasa mcm dah sampai masa nak bersalin. Siap ckp kat hubby, abil (nama panggilan utk baby sejak dlm perut lagi) pilih tarikh ni rupanya nak keluar. Hahaha confident je cakap. Hubby punya excited mmg tak payah nak kata lah. Terus siap2 pegi hospital Muar. Doc check apa semua tak ada bukaan lagi. Kecewa. Balik rumah terus sambung tido. Tengah sedap2 tido tiba2 rasa basah. OMG ! My water broke already. tangok jam pukul 2PM. Dengan sepantas kilat pegi hospital balik. Doc check ckp bukaan dah 1cm. Perut pun dah start sakit ala manja2. Terus admit masuk wad. Pukul 4PM perut dah mula rasa sakit yang tak tertanggung rasanya. Kejap2 pegang tangan hubby, kejap2 tangan abah, kejap2 tangan mak (mak dgn abah ckp mmg sakit gila aku genggam tangan dia org. huhuhu). Sakitnya Allah saja yang tahu. Aku sampai mintak nak operation. Hubby and nurse tak bagi. Last2 aku mintak ubat tahan sakit. Tapi rupa2nya ubat tahan sakit pun tak bagi efek apa langsung. Last2 aku suruh hubby panggil doc. Hubby siap tanya nak ckp apa kat doc. huhhhh menyirap! Aku suruh hubby ckp perut aku sakit mcm nak terberak ! Haaaaa sepantas kilat pastu doc dtg. Check punya check, bukaan dah 4cm. Terus doc hantar aku masuk Labor Room. Masa tu tgk jam pukul 7PM. Dalam labor room nurse pasang CTG apa semua. Ada 2 orang doc duk sibuk check bacaan jantung baby. Aku ni dah sakit gila dah ni. Sampai rasa nak terteran sendiri. Doc pulak asyik ckp jgn teran dulu, belum masa lagi. Doc jangka aku akan bersalin pukul 2AM (haaaa lama gila lagi nak tungguuu !). Doc muda 2 orang tu sibuk lagi check jantung baby. Katanya bacaan jantung baby aku tak stabil. Bukan nak check bukaan aku pun. Nasib baik ada nurse yang kesian kot tengok aku tahan sakit mcm nak mati, nurse tu dtg bwk ubat tahan sakit lagi. Sebelum dia masukkan ubat, dia pelik tengok muka aku mcm dah nak teran sgt. Terus dia angkat kain aku. Haaaa terus nurse jerit ' ehhhh, dah boleh teran dah ni ! dah nampak kepala baby'. Aku tengok jam masa tu pukul 9.10PM. Hambekkk kau semua kelam kabut. Aku ckp aku mmg dah nak bersalin, doc tak nak percaya. Pasai tu lah jantung baby tak stabil. Sebab baby mmg dah nak kua (entah2 dah nak lemas kot). Aku amik maa lama jugak lah nak teran baby kua, sebab HB aku rendah and kurang tenaga ( sbb tak ada selera makan dari pagi. Mkn kurma je). Finally pukul 9.50PM baby aku kua jugak. Bila dgr je baby nangis, MasyaALLAH hati rasa sayu, sedih, happy. Nurse bagi aku pegang baby. Aku terkedu tgk baby sendiri dah ada depan mata. Insan yang aku paling tunggu2 akhirnya ada depan mata aku. Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH !

Lepas siap jahit apa semua. Nurse pun dah siap mandikan baby. Nurse tolak aku kua labor room. Rupa2nya kat luar, family aku, family mentua aku semua tgh tunggu. Family mentua paling excited sebab dpt cucu sulung. Haha. Nurse tolak aku masuk wad, esok tengahariya dah dapat balik. Kat rumah bermula lah episod berpantang -_-. Kalau orang tanya aku, sakit tak bersalin ? Aku akan jawab 'BERPANTANG LAH YANG PALING TERSEKSA SEKALI !' Sumpah ! aku lagi sanggup bersalin drpd berpantang. Huuuuuu. Alhamdulillah sepanjang pantang, suami and mak banyak bantu aku. Terima kasih suami ! Terima kasih mak !

Sekarang, sehingga entri ni ditulis, umur anak aku yang mcm ada kat daisypath atas nun. Hehe. Rasa macam cepattttt sgt dia membesar. Rasa macam baru je dia lahir, tapi sekarang ni nak pangku atas riba aku pun dah tak muat (untuk pengetahuan, anak aku sgt panjang. Lahir 52cm. Sekarang 2bulan lebih dah macam panjang baby 4bulan ye). Muhammad Zulfa Nabil. Nama yang aku and suami pilih (sebenarnya nama Nabil tu mmg suami dah cop awal2. Aku tak suka pun nama tu). Zulfa nama gabung aku dengan suami (kebetulan ada maksudnya dalam nama2 Islam which is 'kedudukan yang hampir'). Nama yang aku pilih sepatutnya Muhammad Adam Mikael. Haaaa gila best kau nama. Hahaha. Tapi nak buat mcmana, tak ada rezeki abil nak dapat nama tu -_-

Alamak kena stop kat sini. Abil dah bangun. Bangun ajak sembang, mintak dukung (macam orang dah besar sgt konon) Hahaha. Assalamualaikum semua 

No comments:

Post a Comment