:: L O V E ::

"I may write anything I want, U may think anything U want"
"The right to write, it's mine. To judge ? it's yours"

Kami dah kahwin ! yeaayy !

Muhammad Zulfa Nabil

Thursday, April 10, 2014

SUAMI buat silap, ISTERI dapat dosa

Yuppp, tajuk yang sgt kontroversi. Maybe kaum kaum suami akan sgt menentang kot apa yg aku akan tulis ni tapi inilah yang benar dan sebenar-benarnya. TRUST ME. Hihihi

Meng'observing' keadaan sekeliling adalah hobi aku sepanjang masa. Hehehe. In fact ada few friends on FB yang aku sgt suka see through wall dia orang untuk ambil tahu (bkn jaga tepi kain ye) tentang kehidupan mereka yang sgt gembira @ sedih @ drama pada pandangan mata aku -peace- :)

Baru-baru ni ada sembang-sembang dgn seorang makcik ni (blood related). Aku mmg dah sedia maklum pasal masalah rumahtangga dia since aku zaman sekolah lg. So baru-baru ni terjumpa, aku terus catch up apa-apa yang aku dah terlepas (again, bkn jaga tepi kain ye..hehe). FYI, aku sgt suka bagi nasihat and pendapat aku sendiri pada orang yang bermasalah, walaupun kadang-kadang masalah aku sendiri aku tak boleh nak settle. Hahahaha.

Sembang punya sembang punya sembang, ouhhh macam2 perasaan yang aku rasa lah. Tu aku yang rasa tu. Cuba bayangkan apa makcik tu rasa ? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul hokayy ?

Apa maksud aku 'SUAMI BUAT SILAP' ? yesssss, suami yang menipu isteri, mencurangi isteri atau apa-apa yang seangkatan dengan definasi ' tidak setia '. Apa pulak maksud aku ' ISTERI DAPAT DOSA ' ? mari sini rapat-rapat baca betul-betul bagi faham ok ?

SEMUA isteri, yess SEMUA, berangan-angan nak jadi isteri sebaik Saiditina Fatimah. Walaupun suaminya tak ada lah sebaik Saidina Ali. Memang impian semua isteri nak bagi yang terbaik untuk suami. Layanan terbaik, masakan terbaik, penampilan diri yang terbaik. Bila isteri dah bagi yang terbaik, of course lah dia mengharap sesuatu in return. Bukan duit, bukan harta benda, bukan ye bukan. Tapi kasih sayang dan kesetiaan dari pihak suami yang diharapkan sebagai balasan. Simple dan mudah dan senang je kan ? tapi benda yang semudah 123 ni lah yang paling susah suami nak bagi.

Apa perasaan seorang isteri ( tak kira lah suri rumah @ bekerja ) bila dia dah beri yang tebaik, tup tup tupppp dapat tahu suami tipu dia, or worse curang or worse ? Sendiri bayangkan lah ye ? Hancur beb hati, hancurrrrrrr ! Madu dibalas tuba. Ouhhhh haiiii siapa lah hati tak pedih sakit kan. Bila hati dah sakit, bukan senang nak pulih. Makan masa setahun, 3 tahun, bertahun-tahun atau maybe seumur hidup. MAKA, sepangjang nak pulihkan hati dan melupakan apa yang terjadi ( of course isteri masih terima suami sebab masih sayang ) segala layanan yang diberi maybe dah tak seTIPTOP dulu. Ye lah, isteri mesti fikir, segala-gala yang dia bagi yang terbaik dulu sia-sia je sebab suami tak hargai, so isteri-isteri semakin berhati-hati supaya bila jadi lagi sekali, dia tak kan kecewa mcm pertama kali kena masa dapat tahu kena tipu.

Eh mana pulak datang dosanya ni fifi oi ? Hahaha. Guys, dulu masa belum kantoi, apa isteri buat semuanya bersungguh-sungguh dan ikhlas. Mengharapkan suami takkan berpaling kasih dan sudah tentunya mengharapkan pahala. Bila hati dah sakit, keikhlasan tu ada kurang sikit lah, maybe banyak. Isteri of course masih masak untuk suami, kemaskan baju suami, tapi ikhlasnya dah kurang. Bila ikhlas kurang maka pahala tu kurang. Tapi kurang pahala masih ok lagi kan ? Macamana kalau kesilapan yang suami buat tu sampai tahap merobek, hancur hati isteri sampai tahap kena gelek steamroll ? Tak ke nak pandang muka suami pun benci. Suami ajak bersama, isteri tolak sebab hati sakit, dapat dosa. Tidur belakangkan suami sebab sakit hati tengok muka suami, dapat dosa. Ada yang nak tidur sekatil pun sakit hati, so pergi tidur dengan anak-anak, tinggalkan suami kat bilik tidur, dapat dosa. Mungkin ada masa isteri akan ungkit, bila ungkit jadi gaduh, bila gaduh isteri tinggi suara, haaaa dapat dosa lagi. Nampak tak, nampak tak ? Asalnya isteri adalah sgt tiptop, tapi disebabkan kesilapan yang suami buat, maka si isteri yang mendapat dosanya. Faham tak kawan-kawan apa yang sy cuba sampaikan ni ?

Oleh itu, kaum suami isteri, mari belajar sama-sama berkasih-sayang dan setia. Sama-sama masuk syurga. Kan lebih barakah. Pada suami yang dah buat silap, cuba ambil balik hati isteri. InsyaALLAH belum terlambat lagi. Doa banyak-banyak supaya isteri lupakan kisah lalu. Dugaan dalam perkahwinan memang banyak tapi pucuk pangkalnya hati kita sendiri.

Maaf terpaksa undur diri. Nak cucuk sate nak berniaga malam ni. Haha. Pada yang duduk kat area pagoh, jemput datang ye ?

No comments:

Post a Comment